Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:
Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.
Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan
Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.
*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.
Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksidanitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.
JENIS PENYAKIT
Pneumonia:
-kesukaran bernafas, penghasilan mukus yang berlebihan
-punca daripada sejenis jangkitan daripada alveolus yang disebabkan oleh bakteria atau virus.
Bronkitis kronik:
-pesakit mengalami demam, sakit dada, kesukaran bernafas, penghasilan mukus yang berlebihan dan datuk kering
-Punca: keradangan pada bronkus disebabkan oleh asap beracun yang mengandungi abu arang kayu, karbon dan sulfur dioksida
Emfisema:
-kesukaran bernafas, batuk dan kelesuan akibat kekurangan oksigen di dalam badan
-Punca: karbon dioksida terperangkap di dalam alveolus menyebabkannya membengkak dan pecah serta mengurangkan luas permukaan untuk pertukaran gas.
Kanser peparu:
-batuk berkahak dan berdarah, kesukaran bernafas dan sakit mulut
-punca: diakibatkan oleh tar di dalam asap rokok, asbestos, debu arang kayu dan besi oksida
Asma:
-kesukaran bernafas, berdehit atau batuk
-Punca: abu dan debu dari asap rokok, asap kilang dan asap kenderaan yang memasuki sistem respirasi
*harap maaf cara untuk memperbaiki kualiti udara dan amalan mengekalkan udara yang bersih saya tidak sempat lagi nak share kat sini pada hari ini.. sambung lain kali.. good luck semua*
kk ok bro tq..
ReplyDeletekk ok bro tq..
ReplyDeleteits very good and usefull
ReplyDelete